Sunday, March 27, 2011

Erti Sebuah Kerinduan


Sedar tak sedar dah 105 hari adik Shafiy pergi meninggalkan mama. Cepatnya masa berlalu, tetapi kenangan selama 7 blk 3 hari bersama baby masih segar diingatan mama. Hingga saat ini, mama masih teringat saat kesakitan semasa bersalinkan baby..namun kesakitan itu terlalu indah buat mama..kalau diberi peluang mama ingin sekali lagi merasa sakitnya bersalinkan baby shafiy.


Malam tadi..abang syahmi bertanyakan mama,

Abang : Ma, adik shafiy dah besar ke Ma? Adik shafiy sekarang kat syurga kan mama?

Agaknya adik shafiy dah 1 tahun ke, 2 tahun ke, 3 tahun Ma?

Dengan perasaan sebak aku hanya menjawab..adik baby dah besar dah..dah dekat setahun dah sayang.

Abang : Ma, abang nak adik macam shafiy tau..( dengan tiba-tiba dia menadah tangan dan berdoa, Ya Allah, berilah mama anak macam Baby Shafiy lagi)..


Tanpa dapat ditahan-tahan air mataku terus mengalir laju..sesungguhnya itulah erti sebuah kerinduan daripada seorang abang yang baru berusia 6 tahun.


Hari ini macam biasa, kami anak beranak akan ke kubur arwah baby Shafiy yang telah menjadi rutin kami sejak 3 bulan yang lepas. Baby sayang, mama akan sentiasa ke pusara adik tanpa rasa jemu. Mama berdoa agar adik bahagia di sana dan adik doakan agar mama tabah menerima ujian ini.


Baby Shafiy ; mama, ayah, abang syahmi dan abang syazwan sentiasa rindukan baby. Kasih sayang mama tidak akan pudar buat baby walaupun baby tiada di sisi mama..sampai masa dan ketika kita akan dipertemukan jua sayang...


Luv,

Mama




No comments:

Post a Comment