Wednesday, February 23, 2011

Bila Hati Menjadi Buta

Salam...
Hari ini rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu yang mungkin seringkali kita perdebatkan. Bukan apa..kadang-kadang rasa geram pula dengan sikap sesetengah makhluk Allah. Kenapa bila kita diberi sedikit kesenangan kita mudah lupa diri. Kalau dulu semasa kita sama-sama kuli boleh makan dan bergelak ketawa bersama-sama, tetapi bila dinaikkan pangkat sedikit mula tunjuk lagak. Kadang-kadang ada pula yang lupa dulu pernah suka duka bersama tapi bila senang sikit mula tak ingat kawan.

Itu tak pe lagi..
Bila dah senang sikit..mulalah nak tunjuk dia yang berkuasa
salah sikit mula menengking tak kira siapa
kalau dulu mungkin dia juga sama
tapi bila dah senang sikit..langsung tak pandang orang yang lebih rendah
Ada pula
Bila dah senang sikit
Asyik menindas je orang bawah
Mulalah mengapi-apikan sana sini
Bawak cerita dan tabur fitnah

Sayang seribu kali sayang
Bila dah senang kita dah ubah perangai
kalau dulu sejadah tak lekang
Bila dah senang urusan dunia lagi penting
Tikar sejadah entah kemana
Yang dikejar hanya kesenangan duniawi

Wahai sahabat semua
Janganlah kita mudah lupa dan alpa
perlu diingat
Ujian Allah bukan sahaja bala dan bencana
tetapi juga pangkat dan kekayaan hidup
merupakan satu ujian daripada Allah
Untuk menilai seteguh mana Iman kita
Apabila diberi sedikit kekayaan dan kesenangan
Janganlah sebabkan kita senang dan berkuasa
Maka kuasa diguna sewenang-wenang



Ingatlah
Bila menggapai tingginya awan
Jangan lupa rumput yang hijau dibawah
Kerana andainya terjatuh
Bukan awan yang menggendong
tetapi rumput yang menghijau menjadi hamparan..


Jangan sesekali kita lupa
Disisi Allah kita sama
Hanya Iman dan Amal yang membezakan
Sedangkan Allah tidak pernah membeza-bezakan hambanya
Siapa pula kita untuk membeza-bezakan sesama kita??

Hanya sekadar coretan..buat menemani perjalanan yang singkat

No comments:

Post a Comment