Tuesday, April 9, 2019

Rindu padamu



Wahai Muhammad Kekasih Allah


Entah kenapa hati gundah gulana
Mengingati mu menjadi indah
Hati sebak ingin bertemu
Rindu menggunung sudah tak tertanggung

Tanpa ku pinta
Mengenang perjuanganmu hati terlalu sedih
Sedih dengan pengorbanan yang engkau laksanakan
Buat umatmu yang kau sayang




Sunday, March 27, 2011

Erti Sebuah Kerinduan


Sedar tak sedar dah 105 hari adik Shafiy pergi meninggalkan mama. Cepatnya masa berlalu, tetapi kenangan selama 7 blk 3 hari bersama baby masih segar diingatan mama. Hingga saat ini, mama masih teringat saat kesakitan semasa bersalinkan baby..namun kesakitan itu terlalu indah buat mama..kalau diberi peluang mama ingin sekali lagi merasa sakitnya bersalinkan baby shafiy.


Malam tadi..abang syahmi bertanyakan mama,

Abang : Ma, adik shafiy dah besar ke Ma? Adik shafiy sekarang kat syurga kan mama?

Agaknya adik shafiy dah 1 tahun ke, 2 tahun ke, 3 tahun Ma?

Dengan perasaan sebak aku hanya menjawab..adik baby dah besar dah..dah dekat setahun dah sayang.

Abang : Ma, abang nak adik macam shafiy tau..( dengan tiba-tiba dia menadah tangan dan berdoa, Ya Allah, berilah mama anak macam Baby Shafiy lagi)..


Tanpa dapat ditahan-tahan air mataku terus mengalir laju..sesungguhnya itulah erti sebuah kerinduan daripada seorang abang yang baru berusia 6 tahun.


Hari ini macam biasa, kami anak beranak akan ke kubur arwah baby Shafiy yang telah menjadi rutin kami sejak 3 bulan yang lepas. Baby sayang, mama akan sentiasa ke pusara adik tanpa rasa jemu. Mama berdoa agar adik bahagia di sana dan adik doakan agar mama tabah menerima ujian ini.


Baby Shafiy ; mama, ayah, abang syahmi dan abang syazwan sentiasa rindukan baby. Kasih sayang mama tidak akan pudar buat baby walaupun baby tiada di sisi mama..sampai masa dan ketika kita akan dipertemukan jua sayang...


Luv,

Mama




Wednesday, February 23, 2011

Bila Hati Menjadi Buta

Salam...
Hari ini rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu yang mungkin seringkali kita perdebatkan. Bukan apa..kadang-kadang rasa geram pula dengan sikap sesetengah makhluk Allah. Kenapa bila kita diberi sedikit kesenangan kita mudah lupa diri. Kalau dulu semasa kita sama-sama kuli boleh makan dan bergelak ketawa bersama-sama, tetapi bila dinaikkan pangkat sedikit mula tunjuk lagak. Kadang-kadang ada pula yang lupa dulu pernah suka duka bersama tapi bila senang sikit mula tak ingat kawan.

Itu tak pe lagi..
Bila dah senang sikit..mulalah nak tunjuk dia yang berkuasa
salah sikit mula menengking tak kira siapa
kalau dulu mungkin dia juga sama
tapi bila dah senang sikit..langsung tak pandang orang yang lebih rendah
Ada pula
Bila dah senang sikit
Asyik menindas je orang bawah
Mulalah mengapi-apikan sana sini
Bawak cerita dan tabur fitnah

Sayang seribu kali sayang
Bila dah senang kita dah ubah perangai
kalau dulu sejadah tak lekang
Bila dah senang urusan dunia lagi penting
Tikar sejadah entah kemana
Yang dikejar hanya kesenangan duniawi

Wahai sahabat semua
Janganlah kita mudah lupa dan alpa
perlu diingat
Ujian Allah bukan sahaja bala dan bencana
tetapi juga pangkat dan kekayaan hidup
merupakan satu ujian daripada Allah
Untuk menilai seteguh mana Iman kita
Apabila diberi sedikit kekayaan dan kesenangan
Janganlah sebabkan kita senang dan berkuasa
Maka kuasa diguna sewenang-wenang



Ingatlah
Bila menggapai tingginya awan
Jangan lupa rumput yang hijau dibawah
Kerana andainya terjatuh
Bukan awan yang menggendong
tetapi rumput yang menghijau menjadi hamparan..


Jangan sesekali kita lupa
Disisi Allah kita sama
Hanya Iman dan Amal yang membezakan
Sedangkan Allah tidak pernah membeza-bezakan hambanya
Siapa pula kita untuk membeza-bezakan sesama kita??

Hanya sekadar coretan..buat menemani perjalanan yang singkat

Tuesday, February 15, 2011

Kita Terlalu Ego

Seringkali kita dengar keluh kesah dalam sesebuah organisasi..paling-paling tidak kisah bos yang tidak prihatin akan stafnya..bos yang tidak pandai berterima kasih atas susah payah anak buahnya..kadang-kadang ada anak-anak buah yang terpaksa balik lewat malam kerana menyiapkan tugasan yang diarahkan oleh bos, kadang-kadang ada juga staf yang terpaksa bawa anak-anak ke pejabat demi menyiapkan tugasan dan itu tidak dikira lagi dengan staf yang bermasam muka denga suami/ isteri kerana alpa dengan tanggungjawab terhadap rumahtangga.

Saya percaya keadaan ini sama sahaja dalam mana-mana organanisasi di muka bumi ini. Ini kerana lumrah manusia memangnya begitu..yang dibawah sering merasa tidak puas hati dengan yang di atas..sedangkan yang di atas pula kadang-kadang alpa dengan kuasa yang diberikan..memang begitulah sifat manusia lupa dan alpa..

Namun sesungguhnya kita semua tidak sempurna..Allah Azzawajalla yang lebih sempurna..
Kepada orang atasan..andainya ada kekhilafan dari orang bawahan..belajarlah untuk mengajar dan memberi panduan..jangan hanya menuding jari menunjukkan kesalahan..kerana sebagai insan biasa..salah dan silap memang tidak dapat kita lari..Bagi orang bawahan pula...belajar bekerja dengan ikhlas..walaupun kadang-kadang jerit perih dan penat lelah kita tidak mendapat penghargaan..namun harus kita ingat..sedangkan untuk mengucap TERIMA KASIH kepada pencipta kita pun terlalu susah..apalah yang diharapkan ucapan terima kasih sesama insan..

Memang kita ego...terlalu ego..
Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..
Pernah tak kita mengucapkan terima kasih dan mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya pada kita
Pernah tak kita sujud dan mengucapkan syukur atas kesakitan dan kesusahan yang kita alami..
Memang kita terlalu ego..
Dengan hanya sedikit kesusahan dan kesakitan yang diberikan kepada kita..
Kita lupa akan betapa banyaknya nikmat yang diberikan pada kita..
Kita mudah mengeluh kesah dengan sedikit kesedihan yang diberikan
Tetapi..kita tidak pernah berterima kasih atas segunung nikmat yang kita terima..

Oleh itu..
wahai rakan-rakan seperjuanganku..
Walaupun kita merasa sebagai orang bawahan kita ditindas
walaupun kita merasa kita tersiksa..
Walaupun kita merasa kita tidak pernah dihargai..

Namun..
Bangkitlah..bangunlah..
Kerjalah dengan ikhlas kerana Allah
Kerana sesugguhnya janji Allah itu benar
Sesuatu yang kita berikan dengan ikhlas..insya Allah suatu hari nanti
Pasti akan dibalas oleh Allah..
Cumanya..harus kita ingat..
Balasan dari Allah mungkin bukan pangkat atau darjat..
Mungkin juga dibalas dengan anak-anak yang berjaya
Atau nikmat kesihatan diri dan keluarga
Mungkin juga ketenangan hidup ...
Tiada siapa yang tahu..
Kerana ianya kekal menjadi Rahsia Allah..
Oleh itu..
Jangan ragu-ragu lagi..
Kerjalah dengan ikhlas kerana sesungguhnya..

'Inna solati, wanusuki, wamahyaya..wamamati..lillahi ta'ala'

Sekadar ingatan buat diri sendiri

Cinta Agung Rasulullah

Salam Maulidur Rasul,

Semalam kita menyambut Maulidur Rasul..hari kelahiran Nabi terulung Muhamammad saw..sambil-sambil menyuap anak makan nasi, sempat saya mengikuti siaran Halaqah yang disiarkan menerusi TV9 dengan perbincangan berkisar Wasiat Terakhir daripada Baginda Rasullullah saw.

Allahuakbar..
Besar sungguh kasih sayang Rasullullah saw terhadap umatnya kita semua. Perjuangannya membawa kebenaran memang tiada tandingan jerit payahnya. Beliau menyebarkan dakwah ajaran Islam agar kita dapat bersama-sama Baginda kelak. Beliau bersusah payah mengajar kita akan kebenaran dan Islam serta jalan menuju ke syurga..Bahkan sehingga ke hujung nyawa, apa yang dibimbangkan adalah umatnya..apa yang sering diingati adalah umatnya..bukan saudara mara..bukan sahabat handai ..bukan juga anak isteri baginda..tetapi kita semua sebagai umatnya..Masya Allah besarnya cinta dan kasih sayang Rasulullah terhadap kita semua..

Tetapi..
Sayang seribu kali sayang..
Andainya Baginda bangkit dan melihat umatnya pada hari ini
pastinya Baginda akan sedih dan menangis hiba
Terlalu banyak kemurkaan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh umatnya...

Wahai sahabat sekalian
Marilah kita sama-sama
Mengamalkan apa yang diajar oleh Baginda
Meninggalkan apa yang dilarang

Marilah kita sama-sama
Menanam cinta dan kasih yang tiada taranya untuk Baginda
Semoga kelak disana
Kita akan dapat bertemu Baginda

Sekadar untuk renungan

Sunday, February 13, 2011

Masih layakkah bergelar Khalifah

Salam to all pembaca..

Hati tiba-tiba tersentak. Berita bayi yang baru lahir di bungkus tuala dan disorok dalam almari tiba-tiba merungkai jantungku. Bayi yang tidak berdosa itu akhirnya menemui ajalnya di tangan ibunya sendiri.


Masya Allah..apalah nak jadi dengan dunia hari ini. Lagi-lagi kisah bayi yang lahir dibuang, di tanam, dicampak tepi jalan, longkang, sungai,tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Apalah dosa si kecil yang lemah itu. Kenapa sebagai seorang ibu sanggup memperlakukan anak sendiri sedemikian rupa. Apakah didalam diri langsung tidak ada sifat kasihan akan si kecil itu. Apakah selepas siksaan mengandungkan selama 9 bulan..sanggup anak yang tidak berdosa itu dihukum.. apa salah mereka?

Andainya bayi-bayi itu mampu berkata-kata ...mungkin inilah luahan hati mereka..

Ibu..
Mengapa sampainya hati ibu,
Membiarkan saya keseorangan di sungai ini
Membiarkan saya kesunyian di longkang ini
membiarkan saya kesepian menghidu bau sampah ini

Apakah ibu tega..
Membiarkan saya dihurung semut dan lalat
menjadi makanan si anjing
atau binatang-binatang liar

Apakah ibu sanggup
Mendengar tangisan saya yang kelaparan, kehausan dan ketakutan
Apakah ibu bisa
Melihat saya bertarung nyawa seorang diri diluar sana

Ibu..
mengapa setelah 9 bulan
Ibu menghukum saya
Adakah saya berdosa kerana teringin menatap wajah ibu
Adakah saya berdosa kerana teringin disusui ibu
Adakah saya berdosa kerana ingin berada dipangku ibu

Kenapa bu..
kenapa bu..
Apa salah saya pada ibu
Aa dosa saya pada ibu
Kenapa ibu tega melakukan ini..
kenapa bu...

Hanya luahan hati seorang ibu..

You're always by my side

I MISS U DAY AND NIGHT






Walaupun adik kini jauh dimata mama..namun adik sentiasa di hati mama sayang...i miss u everyday..semoga adik aman di SANA sayang...