Tuesday, February 15, 2011

Cinta Agung Rasulullah

Salam Maulidur Rasul,

Semalam kita menyambut Maulidur Rasul..hari kelahiran Nabi terulung Muhamammad saw..sambil-sambil menyuap anak makan nasi, sempat saya mengikuti siaran Halaqah yang disiarkan menerusi TV9 dengan perbincangan berkisar Wasiat Terakhir daripada Baginda Rasullullah saw.

Allahuakbar..
Besar sungguh kasih sayang Rasullullah saw terhadap umatnya kita semua. Perjuangannya membawa kebenaran memang tiada tandingan jerit payahnya. Beliau menyebarkan dakwah ajaran Islam agar kita dapat bersama-sama Baginda kelak. Beliau bersusah payah mengajar kita akan kebenaran dan Islam serta jalan menuju ke syurga..Bahkan sehingga ke hujung nyawa, apa yang dibimbangkan adalah umatnya..apa yang sering diingati adalah umatnya..bukan saudara mara..bukan sahabat handai ..bukan juga anak isteri baginda..tetapi kita semua sebagai umatnya..Masya Allah besarnya cinta dan kasih sayang Rasulullah terhadap kita semua..

Tetapi..
Sayang seribu kali sayang..
Andainya Baginda bangkit dan melihat umatnya pada hari ini
pastinya Baginda akan sedih dan menangis hiba
Terlalu banyak kemurkaan dan kedurjanaan yang dilakukan oleh umatnya...

Wahai sahabat sekalian
Marilah kita sama-sama
Mengamalkan apa yang diajar oleh Baginda
Meninggalkan apa yang dilarang

Marilah kita sama-sama
Menanam cinta dan kasih yang tiada taranya untuk Baginda
Semoga kelak disana
Kita akan dapat bertemu Baginda

Sekadar untuk renungan

No comments:

Post a Comment